Sunday, July 27, 2008

Si Tanggang versi Mak Uda

Semasa kalian semua masih dibawah usia 10 tahun, hampir setiap kali bertemu, Mak Uda sentiasa perlu bercerita. Macam-macam cerita yang mak uda kena bawa. Bila kita semua berkumpul, kalian semua nak tidur dengan mak uda sebab nak dengar cerita. Lucu juga, kadang-kala bila story mak uda belum habis, kalian semua dah buat story sendiri!

Memang mak uda pandai bercerita. Mak uda juga sangat kreatif dalam mencipta story-story baru dan story-story yang diubah semula. Sebab itu, dulu masa mak uda berusia 10-11 tahun, mak uda dipilih berlakon dan bernyanyi di radio. Setiap lakonan dapat $10. Ketika itu besar nilainya, lebih-lebih lagi, keluarga kita ketika itu sangat miskin. Mak uda juga mengambil bahagian dalam peraduan bercerita dan menulis short-story. Apa pasal, tiada seorang pun dari kalian yang ikut jejak langkah mak uda?

Mak uda masih ingat betapa marahnya Nuraisyah bila mak uda ubah cerita Si Tanggang ini. Ketika itu Aisyah sekitar usia 7 tahun. Aisyah kata “Mak uda buat rosak story. Ini kan kisah dogeng. Kenapa di tukar?” Mak uda jawab “Tapi story ini tak masuk akal. Adakah kalian akan memperlakukan ibu kalian sedemikian? Kalian lebih suka jadi batu ke?” Ingat tak bagaimana kita bertengkar pasal story ini?

Sekarang mak uda nak tanya kalian samada kalian sekarang setuju dengan versi mak uda. Kalian sekarang lebih besar dan boleh berfikir sedikit. Fikirkan betul-betul.

Si Tanggang yang mengembara ke luar negara, telah menjadi seorang businessman yang berjaya. Namanya telah tersenarai dikalangan 100 orang yang terkaya di dunia. Harta nya sangat banyak. Dia juga tidak lokek dan selalu memberi derma di sana sini. Ramai yang memujinya. Si Tanggang juga telah menjadi semakin terkenal bila dia bernikah dengan anak gadis seorang pemimpin negara. Istrinya seorang yang sangat rupawan.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu latar belakang Si Tanggang sebab dia tidak pernah cerita pada sesiapa. Istrinya sendiri tidak tahu siapa ibu dan bapanya. Mereka hidup aman bahagia . Satu hari istrinya yang baik hati itu, menyatakan hasrat ingin mengenali keluarganya. Si Tanggang buat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Si Tanggang seorang yang bijak. Dia tahu sekiranya orang tahu latarbelakang hidupnya yang sangat miskin, tentu orang akan hinanya. Dia juga sedar ibunya sudah sangat tua dan sudah tentu kelihatan uzur dan tidak cantik. Bagaimana dia ingin atasi masalah ini supaya orang lain nanti tidak tahu asal usul keluarganya yang miskin?

Dia dapat satu idea. Sebelum dia berangkat kembali, dia telah mengirimkan seorang petugasnya yang dipercayai bertemu ibunya. Dia telah memberi wang yang banyak kepada petugas itu untuk membelikan rumah baru untuk ibunya. Dia juga telah mengarahkan petugasnya itu untuk mendapatkan khidmat “make-over” untuk menjadikan ibunya kelihatan lebih menawan. Semuanya dirancang tanpa pengetahuan istrinya.

Akhirnya, bila Si Tanggang sampai ke tanah airnya, ibunya sedang menunggu. Ibunya berpakaian sungguh cantik dan kelihatan berseri-seri. Mereka berpelukan sambil menangis kerana saling rindu-merindui. Si Tanggang berasa sangat bersyukur bila ibunya berkata “Anakku, engkau lah anak yang baik, yang mengenang jasa. Sejuk perut ibu melahirkan engkau.”.

Bukankah syurga di bawah telapak kaki ibu?

Sekarang, ending story mana yang kalian nak pilih? Nak jadi anak derhaka dan mendapat balasan atau nak jadi anak yang baik?

No comments: