Sebenarnya, aku berat nak menulis kisah hidupku. Aku rasa tak ada apa yang istimewa untuk aku kongsi. Aku pun belum lagi mencapai apa jua kedudukan istimewa yang boleh aku jadikan contoh atau ikutan. Aku manusia biasa sama macam orang lain. Tiada yang nak dibanggakan.
Tapi, ramai yang mengenaliku menggalakkan aku menulis kisah hidupku. Ada yang kata, hidup ku ibarat soap opera yang berpanjangan. Ada yang kata seolah-olah family saga. Ada yang kata begitu inspiring. Dan macam-macam lagi. Entahlah. Aku serahkan pada penilaian pembaca sendiri. Aku tak berani nak katakan ia atau tidak. Aku sekadar memenuhi permintaan teman-teman rapat ku. Jika ada yang mendapat manfaat dari kisah hidupku, alhamdullillah. Ada juga amal bakti yang dapat aku tunjukkan pada Allah di akhirat nanti.
Untuk memudahkan aku mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidupku, aku akan catitkan mengikut beberapa bahagian. Bahagian pertama, ketika usia ku dari bayi hingga kezaman sebelum remaja (12 tahun). Bahagian kedua, ketika usia ku diperingkat remaja. Bahagian ketiga, ketika usia ku 21 hingga 28 tahun. Usia selepas ini, tidak akan aku catitkan di blog ini kerana tidak sesuai untuk bacaan anak-anak suadaraku.
Insya Allah aku akan cuba mencatitkan mana yang aku termampu dan yang aku rasa tidak akan menimbulkan aib kepada sesiapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment