Monday, July 28, 2008

The Real Princess and the Pea - versi Mak Uda

Mak Uda yakin kalian semua berpotensi menjadi orang-orang yang pandai dan berjaya, Insya Allah. Kalian telah menunjukkan kemampuan berfikir yang baik.

Contohnya, Haziqah. Ketika usianya 8 tahun, dia sudah boleh membaca buku-buku yang sedikit tebal. Satu kali, setelah membaca fairy tales "The Real Princess and The Pea", Haziqah telah bertanya mak uda "Bagaimana pricess tersebut boleh merasakan pea yang kecil itu yang diletakkan dibawah 10 mattress?"

Hmmm, terkejut juga mak uda dengan soalan tersebut. Masa mak uda seusia dulu, walaupun baca cerita sama, tak terfikir pun untuk bertanya. Perit juga nak fikirkan jawapan yang munasabah yang boleh diterima.

Akhirnya, mak uda beri versi baru cerita tersebut. Ini versinya :

Prince dalam cerita itu, bukanlah macam prince-prince yang hanya tahu tunggang kuda dan memburu. Prince ini educated, ada engineering degree. Dan dia juga minat mencipta barang-barang electronik. Dia inovative dan creative. Bila ibunya the Queen Mother ingin mencarikan dia calon istri, dia sudah punya idea bagaiamana untuk pastikan hanya princess yang dia suka yang dipilih.

Jadi, ketika dia bertemu princess yang dia berkenan, dia akan menukar pea yang diletakkan oleh Queen mother dengan electronic-pea yang diciptanya sendiri yang sama bentuk. Electornic-pea ini ada heat-sensor, jadi bila panas atau hangat akan vibrate.

Ketika princess yang diminati itu tidur, tentulah mattress yang banyak itu membuat electronic-pea itu jadi hangat dan vibrate. Vibrations dari pea ini membuat princess tersebut tidak dapat tidur.

Keesokan harinya, princess memberi tahu Queen mother dia tidak dapat tidur sebab tak selesa. Queen Mother sangat gembira kerana bertemu dengan the real-princes. Yang lebih gembira ialah prince tersebut dapat berkahwin dengan princess tersebut. And they live happily ever after.

Nak tahu apa Haziqah jawab lepas dengar cerita? Dia kata, bagaimana prince tersebut buat electronic-pea tersebut? Pakai apa? Hmmm, nak kena fikir lagi....susah dapat anak-anak saudara yang cerdik-cerdik...

Sunday, July 27, 2008

Si Tanggang versi Mak Uda

Semasa kalian semua masih dibawah usia 10 tahun, hampir setiap kali bertemu, Mak Uda sentiasa perlu bercerita. Macam-macam cerita yang mak uda kena bawa. Bila kita semua berkumpul, kalian semua nak tidur dengan mak uda sebab nak dengar cerita. Lucu juga, kadang-kala bila story mak uda belum habis, kalian semua dah buat story sendiri!

Memang mak uda pandai bercerita. Mak uda juga sangat kreatif dalam mencipta story-story baru dan story-story yang diubah semula. Sebab itu, dulu masa mak uda berusia 10-11 tahun, mak uda dipilih berlakon dan bernyanyi di radio. Setiap lakonan dapat $10. Ketika itu besar nilainya, lebih-lebih lagi, keluarga kita ketika itu sangat miskin. Mak uda juga mengambil bahagian dalam peraduan bercerita dan menulis short-story. Apa pasal, tiada seorang pun dari kalian yang ikut jejak langkah mak uda?

Mak uda masih ingat betapa marahnya Nuraisyah bila mak uda ubah cerita Si Tanggang ini. Ketika itu Aisyah sekitar usia 7 tahun. Aisyah kata “Mak uda buat rosak story. Ini kan kisah dogeng. Kenapa di tukar?” Mak uda jawab “Tapi story ini tak masuk akal. Adakah kalian akan memperlakukan ibu kalian sedemikian? Kalian lebih suka jadi batu ke?” Ingat tak bagaimana kita bertengkar pasal story ini?

Sekarang mak uda nak tanya kalian samada kalian sekarang setuju dengan versi mak uda. Kalian sekarang lebih besar dan boleh berfikir sedikit. Fikirkan betul-betul.

Si Tanggang yang mengembara ke luar negara, telah menjadi seorang businessman yang berjaya. Namanya telah tersenarai dikalangan 100 orang yang terkaya di dunia. Harta nya sangat banyak. Dia juga tidak lokek dan selalu memberi derma di sana sini. Ramai yang memujinya. Si Tanggang juga telah menjadi semakin terkenal bila dia bernikah dengan anak gadis seorang pemimpin negara. Istrinya seorang yang sangat rupawan.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu latar belakang Si Tanggang sebab dia tidak pernah cerita pada sesiapa. Istrinya sendiri tidak tahu siapa ibu dan bapanya. Mereka hidup aman bahagia . Satu hari istrinya yang baik hati itu, menyatakan hasrat ingin mengenali keluarganya. Si Tanggang buat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Si Tanggang seorang yang bijak. Dia tahu sekiranya orang tahu latarbelakang hidupnya yang sangat miskin, tentu orang akan hinanya. Dia juga sedar ibunya sudah sangat tua dan sudah tentu kelihatan uzur dan tidak cantik. Bagaimana dia ingin atasi masalah ini supaya orang lain nanti tidak tahu asal usul keluarganya yang miskin?

Dia dapat satu idea. Sebelum dia berangkat kembali, dia telah mengirimkan seorang petugasnya yang dipercayai bertemu ibunya. Dia telah memberi wang yang banyak kepada petugas itu untuk membelikan rumah baru untuk ibunya. Dia juga telah mengarahkan petugasnya itu untuk mendapatkan khidmat “make-over” untuk menjadikan ibunya kelihatan lebih menawan. Semuanya dirancang tanpa pengetahuan istrinya.

Akhirnya, bila Si Tanggang sampai ke tanah airnya, ibunya sedang menunggu. Ibunya berpakaian sungguh cantik dan kelihatan berseri-seri. Mereka berpelukan sambil menangis kerana saling rindu-merindui. Si Tanggang berasa sangat bersyukur bila ibunya berkata “Anakku, engkau lah anak yang baik, yang mengenang jasa. Sejuk perut ibu melahirkan engkau.”.

Bukankah syurga di bawah telapak kaki ibu?

Sekarang, ending story mana yang kalian nak pilih? Nak jadi anak derhaka dan mendapat balasan atau nak jadi anak yang baik?