Sunday, June 15, 2008

Mak Uda Abnormal?

Kalian beruntung, pulang bercuti masih cuti sekolah. Mak Uda masih perlu menghadiri kuliah dan peperiksaan. Sekembalinya tempohari, Mak Uda terkena flu untuk 3 hari tapi Mak Uda tetap pergi bertugas seperti biasa.

Mak Uda juga perlu habiskan dua tugasan sekolah dan buat persiapan untuk peperiksaan. Alhamdulillah, tadi Mak Uda telah selesai satu tugasan. Siang tadi juga Mak Uda mengambil peperiksaan module. Besok Mak Uda ada ujian bagi Bahasa Arab pula.

Kalian cubalah jadikan kegigihan Mak Uda sebagai contoh. Mak Uda masih lagi belajar dan masih lagi menuntut. Bukan senang nak bagi masa diantara bertugas dan belajar. Jadi, kalian mestilah bersungguh-sungguh untuk belajar semasa kalian masih muda. Mak Uda agak kecewa dengan keputusan peperiksaan Irsyad. Jangalah jadikan sport sebagai alasan sehingga mengkhayalkan. Sementara kita sihat, orang boleh terima kita dan sokong kita. Tapi bila kita sudah tua dan lemah, siapa lagi yang ingin lihat kita? Jadi, Irsyad perlulah letakkan priority yang betul.

Oh ya, hari Rabu, Mak Uda pergi untuk mendaftar kursus psychology. Kalian tahu apa ini? Ia merupakan satu bentuk ilmu khusus mengkaji tindak-tanduk manusia, apa yang mendorongnya dan perkara-perkara yang menjejas perbuatan, minda serta peribadinya. Ada dua bentuk kursus psychology iaitu kaunselling psychology dan applied psychology. Mak Uda memilih applied psychology kerana lebih sesuai dengan minat Mak Uda yang suka mengkaji.

Sebelum mendaftar, Mak Uda berbincang dengan seorang pensyarah lelaki bangsa Cina di situ. Orangnya agak peramah.

Mak Uda tanya samada Mak Uda nanti akan dipaksa menerima pandangan yang berbeza dengan prinsip hidup dan agama yang kita pegang. Mak Uda juga tanya samada Mak Uda akan digagalkan sekiranya memberi pandangan yang berbeza dalam peperiksaan. Pensyarah tersebut berkata, mereka menggalakkan pelajar-pelajar untuk mempunyai pemikiran sendiri dan juga memberi hujjah sendiri.

Kalian mesti tahu perkara ini penting. Dalam hidup, kita tidak boleh menerima saja apa yang orang lain beritahu kita. Sebagai orang Islam, cara hidup kita berbeza. Kita kena selalu memastikan yang cara hidup Islam kita tidak dipaksa untuk diubah. Dari itu penting untuk bertanya dan mendapatkan dahulu informasi yang penting.

Kemudian pensyarah telah mengejutkan Mak Uda dengan berkata " You are abnormal. I like abnormal character". Teman Mak Uda pun terkejut. Mak Uda tanya beliau balik " Why do you say i am abnormal? Whats so abnormal about me wanting to pursue a course of study in an area which is relevant to my work and which i have deep rooted interest?"

Pensyarah menjawab " I still think every thing about you is abnormal". Mak Uda bertanya balik sambil tersenyum " You just know me for a few minutes and you called me abnormal. Why dont you use your knowledge in psychology and make an assessment of me and tell me whether i am suited for the course"

Kalian bayangkan, Mak Uda kalian dikatakan abnormal iaitu ganjil? Ganjil ke untuk orang Melayu belajar applied psychologi? Atau terlalu sedikit ke pakar psychology Melayu/Islam hingga menjadi agak ganjil? Atau memang Mak Uda yang ganjil? Hmm

Agak0-agak kalian setuju ke dengan komen pensyarah tersebut? Mak Uda ini ganjil ke?

Sebenarnya, memang kita agak ganjil. Sejarah keluarga kita juga tidak sama dengan kebanyakan orang. Di lain waktu, Mak Uda akan catitkan latarbelakang keluarga kita yang agak unik. Kalian perlu kenal siapa diri kalian dan mengekalkan jati diri kalian. Ini amat penting.

Kalian bernasib baik kerana Mak Uda akan membantu kalian. Semasa Mak Uda sebaya dengan kalian, tiada siapa yang ingin membantu. Semuanya Mak Uda kena belajar dan buat sendiri.

Oh ya, hari yang sama Mak Uda habiskan $390 untuk membeli beberapa buku-buku ilmiah. Buku-buku ini penting untuk dikaji dan dibaca. Semua penulis buku ini Mak Uda dapat melalui guru dan mentor Mak Uda iaitu Prof Wan Mohd Nor Wan Daud. Lain kali Mak Uda cerita pasal beliau. Bila kalian dewasa nanti, bolehlah pinjam buku-buku ini dari Mak Uda.

No comments: