Saturday, October 3, 2009

Tiada Yang Lebih Utama Dari Allah s.w.t

Anak-anak saudara Mak Uda yang dikasihi

Tidak pasti berapa lama lagi Allah s.w.t akan mengizinkan Mak Uda untuk terus menghirup udara dan merasakan kehangatan matahari dunia. Sebelum Mak Uda dipanggil pulang, Mak Uda ingin memberikan sedikit pesanan buat kalian.

Melihat perkembangan sepanjang tahun ini (2009), Mak Uda merasa amat bimbang tentang masa depan kalian. Ya, kalian semua masih sangat muda dan belum pun lagi memulakan kehidupan sendiri. Masih lagi dibawah tanggungan ibu-bapa.

Cabaran-cabaran yang menanti kalian amat banyak dan hebat-hebat pula. Keadaan dunia semakin teruk. Berbagai peristiwa berlaku. Semuanya memaparkan ancaman buat umat manusia.

Sejak November 2008, kejatuhan ekonomi dunia mengancam kehidupan ramai orang. Kemudian diikuti dengan penularan penyakit H1N1. Berlaku lepas satu satu bencana alam yang hebat-hebat, yang tidak berlaku sejak berpuluh tahun. Hatta, gerhana matahari yang berlaku pada 22 Julai merupakan yang terhebat sejak 150 tahun lalu. Ketika Mak Uda menulis ini, Indonesia dilanda gempa bumi hanya setelah beberapa bulan satu gempa bumi berlaku di sana. Taiwan mengalami taufan. Filipina mengalami banjir yang mengorbankan banyak jiwa disamping ribut taufan. Hongkong juga mengalami ribut.

Semua yang berlaku bukanlah sesuatu yang berasingan. Ia memang diatur oleh Allah swt bagi menyedarkan umat manusia. kalau sebelumnya, umat manusia lalai dengan segala kesenangan dan kemewahan, ramai yang menolak Tuhan. Bahkan ramai yang berani menafikan adanya Tuhan.

Anak-anakku, jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran buat kalian. Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sesia. Allah tidak akan membiarkan umat manusia terus bermaharaja-lela dan berbuat sesuka hati ke atas alam yang diciptakan khusus untuk mereka.

Keadaan umat Islam kini begini teruk sekali. Ramai yang sudah tidak mahu mengamalkan ajaran agama. Ramai yang menentang hukum2 syariah. Ramai yang menghina hadith Rasul s.a.w. dan ayat2 suci Al-Quran. Mereka yang diberi gelaran guru agama, mengkhiani peranan mereka. Kita mendengar kisah pensyarah2 di universiti2 Islam yang memijak Al-Quran, tidak membenarkan pelajar memuliakan Rasul s.a.w, menafsir ayat-ayat Al-Quran sesuka hati mereka.

Kita mendengar "ulama2" membuat fatwa mengikut nafsu mereka. Perkahwinan civil dihalalkan. Perkahwinan sesama jenis (homoseksual) diizinkan bahkan dihebohkan. Segala yang halal dipersoalkan sedangkan segala yang haram digalalkkan

Anak2 ku, begini keadaan masa kini yang dilihat oleh Mak Uda. Sebak hati Mak Uda melihat telatah umat Islam. Ketika bertawaf di Kaabah dan bersai di Safa-Marwa, mereka leka berbual di hp. tiada langsung mereka sedar apa yang sedang dilakukan oleh mereka.

Anak2ku, Mak Uda bimbang kalian akan turut terjerumus dengan fitnah yang begitu hebat. Kalian tidak punya kekuatan untuk menaham diri dari segala yang berlaku di sekeliling. Kalian turut terjebak dengan segala kekejian dan kemaksiatan.

Dengan itu, Mak Uda berpesan, janganlah sesekali kalian melupakan Tuhan. Walau apa yang berlaku sekali pun, janganlah kalian membelakangan Tuhan. Janganlah kalian mendahulukan manusia dari Allah s.w.t. Ingatlah sentiasa. manusia boleh berubah, boleh mati, boleh sakit dan sering menyakitkan kita. Jadi, janganlah letakkan mereka sebagai keutamaan.

Satu hari nanti, kalian akan jatuh cinta dan merasa nikmat kasih sayang dengan pasangan masing-masing. Tapi, ingatlah, nikmat yang dirasa itu tidak selamanya kekal. Yang kekal hanya Allah s.w.t. Bagaimana sekali pun kita sayang kepada sesaorang, orang tersebut akan hilang dari kita satu ketika. Jadi, berlaku bijaklah. Janganlah menaruhkan pergantungan dan harapan terlalu tinggi kepada mereka.

Satu hari nanti kalian mungkin akan mempunyai jawatan, dikenali dan dihormati. Janganlah menganggap kalian akan terus kekal berada di atas. Tidak mustahil Allah s.w.t akan mendatangkan ujian dan kalian akan tersungkur ke bumi. Jadi, janganlah leka dan berlaku zalim ketika diberi nikmat kekuasaan dan jawatan

Satu hari nanti kalian mungkin akan mempunyai harta yang banyak, merasa kemewahan yang tidak Mak Uda rasakan. Janganlah lupa, kekayaan itu hanya menambahkan kerungsingan dan membuat kalian leka. Dengan itu, berkongsilah kekayaan yang dimiliki supaya Allah menambah keberkatan dan memberi kalian ketenangan.

Anak2 ku yang dikasihi, pesanan Mak Uda yang terakhir, biar apa pun yang terjadi di dunia ini, biar kalian ditinggalkan oleh semua orang, biar kalian dibenci, dihina, dikeji, disusah-susahkan, jangan sesekali kalian meninggalkan agama kita. Jangan sesekali kalian memilih selain Allah swt. Mak Uda telah pun melalui semua pengalaman ini. Mak Uda pernah memiliki jawatan, nama, kesenangan, kasih sayang dan kemewahan. Mak Uda juga pernah melalui fitnah, kejian, celaan, penghinaan, keseorangan dan berbagai lagi. Jadi, Mak Uda telah merasakan semua nya. Dengan itu, Mak Uda bercakap dari pengalaman.

Dekatkan diri kalian kepada Tuhan. Mintalah dariNya kerana Dia amat Pemurah lagi Penyayang. Mohonlah padaNya ketika kalian berhadapan dengan kesukaran dan masalah. Mintalah nasihat dariNya melalui doa dan solat.

Inilah pesanan Mak Uda buat anak2 saudara yang dikasihi. Semoga kalian membaca dan berusaha untuk mengikutinya. Semoga Allah s.w.t akan menganugerahkan kita kebahgiaan di dunia dan kebahgiaan di akhirat.

No comments: