Bahagian 1 : Dari usia bayi hingga 12 tahun
Latarbelakang keluarga ku
Aku anak ketiga dalam keluarga ku. Ada kawan ku kata, anak ketiga ini ada “short” sikit. Mungkin ada benarnya. Sebab, ibu ku selalu kata, aku ni tak sama dengan adik-beradik ku yang lain. Kecenderungan ku dan minat ku tak sama. Bahkan kedegilan ku, masya Allah. Kalau aku dah buat keputusan, jangan cuba ada orang nak mengubah. Hanya ketentuan Allah saja yang boleh mengubahnya. Ibu aku cakap, ikut bapa ku. Tak apalah.
Aku juga suka perkara-perkara baru. Suka mencuba bidang-bidang baru dan perkara-perkara pelik. Kesian ibu ku. Pening dibuatnya. Anaknya perempuan, tapi tom-boy mengalahkan lelaki.
Ibu aku cerita semasa aku berusia 2 tahun, aku dah pun menunjukkan sikap berdikari ku. Aku akan masuk dalam buai kain yang disediakan. Aku sendiri akan menghenjut-henjut badan ku untuk tidur. Ibu aku cakap, aku ni masa kecil tak menyusahkan, jarang sakit dan tak suka menangis. Patutlah bila dah besar sentiasa banyak masalah.
Sikap ingin tahu ku juga sudah timbul sejak usia 2 tahun. Aku masukkan biji asam dalam lubang hidungku untuk test. Test apa entahlah, aku tak ingat. Panik ibu ku cuba keluarkan. Maklumlah aku boleh lemas. Aku rasa aku ingat ada seorang pakcik yang memicit hidung ku untuk keluarkan.
Semua ini berlaku semasa aku tinggal di kampung di Jalan Hj Alias, tempat kelahiran ku. Usia ku 4 tahun, keluarga ku berpindah ke kampung lain di Coronation Rd. Dalam hidupku, kalau tak silap, aku berpindah rumah lebih 10 kali. Di kampung ini, aku ramai teman sebaya. Rumah kami, berkongsi bumbung. Rumah sewa. Kongsi elektrik, genap jam 11 malam akan dimatikan. Paip air kongsi bersama. Jamban (tempat buang air besar) rumah kecil pakai tong pun kongsi sama. Kebetulan, terletak depan rumah ku. Macam dalam cerita Bujang Lapuk gitu.
Sebelum aku teruskan, baik aku cerita dulu tentang keluarga ku. Kedua orang tua asal dari Malaysia. Bapa ku berhijrah dahulu ke Singapura. Dia kemudian menjadi warga Singapura. Ibu ku hanya ke Singapura setelah bernikah dengan bapaku. Hatinya masih di Malaysia, kampong halamannya. Dia jadi warga tetap saja. Sebenarnya, bapa ku ini merantau ke Singapura kerana merajuk, begitulah yang ibu kasi tahu aku. Keluarga bapa ku orang-orang yang ada pangkat dan berpendidikan. Hanya bapa ku sorang yang buat keputusan merantau untuk cari hidup sendiri. Dia bangga jadi rakyat Singapura.
Masa mula-mula datang Singapura, bapa ku hidup susah. Biasalah pendatang. Dia menumpang di rumah kawan. Dia kerja tak tentu. Apa saja yang boleh dapat duit. Berniaga di pasar malam, berniaga mee rebus dan jual kain. Gelagat orang muda. Satu ketika dia dihinggap batuk kering. Setelah terlantar di hospital berbulan, baru lah dia buat keputusan ubah cara hidupnya. Dia minta kawannya carikan dia calon istri. Ketika itu, dia telah menjadi duda dengan anak satu. Abang aku yang sebapa ini pun aku tak pernah jumpa. Tak tahu kak mana nak cari.
Ibu ku datang dari keluarga yang sederhana aje. Dia tidak dibenarkan sekolah semasa kecil. Sekolah agama pun bapa dia tak benarkan. Tapi dia curi-curi belajar. Boleh lah bezakan batang kayu dengan alif. Ibu ku ini mulanya tak mahu tinggalkan kampung halamannya. Tapi dah jodoh, apa nak dikata. Kalau tak, tak adalah aku di muka bumi ini. Ibu ku hingga saat ini pun hatinya masih lagi cinta Malaysia. Mati-mati dia nak tinggal di Malaysia. Problem juga. Sebab masa aku kecil, tak putus-putus ibu-bapa ku bertengkar sebab ibu ku nak balik kampong.
Itulah sedikit sebanyak tentang ibu-bapa ku. Hanya aku nak beritahu, mereka begitu mempengaruhi kehidupan ku. Mereka yang mencorak aku. Bapaku, walaupun berpendidikan sampai darjah 6, mempunyai prinsip hidup. Dia selalu kata “abah tak ada harta nak diberi, tapi abah tinggalkan ilmu buat kalian”. Dia sanggup berkerja siang-malam untuk memastikan kami adik-beradik terus dapat bersekolah. Dia tak benarkan ibu aku bekerja, kerana dia nak ibu ku berikan perhatian penuh pada kami. Pernah dia mengamuk bila jiran ku mendapatkan kerja buat ibu ku. Dia ugut jiran ku jangan kasi ibu aku kerja. Begitu prihatinnya pada perkembangan kami.
Ibu ku juga tidak kurang penting peranannya. Semasa di kampung, aku rasa kamilah anak-anak yang paling terjaga. Cukup pukul empat petang, dia akan jerit satu kampung, suruh kita orang balik mandi. Dia akan minyakkan rambut kita orang dan tak benarkan keluar lagi. Makan minum kita orang semua terjaga. Anak-anak kampung lain tak lah sebaik. Ibu-bapa mereka ramai yang bekerja. Ibu aku ni walaupun baik, cepat naik angin. Sering aku dan adik-beradik ku kena libas kalau dia tak happy.
Aku mempunyai seorang kakak, seorang abang, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kakak ku lahir di Malaysia. Dia seorang saja jadi rakyat Malaysia. Aku hampir-hampir dapat seorang lagi adik. Tapi ibu ku mengandung luar rahim, dan terpaksa dibedah. Abang aku ni sedikit berpenyakit. Lubang duburnya masa lahir tertutup. Semasa kecil, doktor dah bedah untuk dia mudah buang air besar. Hampir setiap minggu, dia akan menangis kena paksa buang air besar. Ibu akan paksa dia. Kadangkala sampai berjam. Beza usia antara kami semua 2 tahun. (Abang ku meninggal dunia tahun lepas kerana blood infection).
Semasa di kampung, kehidupan kami susah. Bapa ku kerja sebagai tukang kebun di beberapa tempat di sebelah siang dan menjadi security guard di sebelah malam. Ibu ku ambil upah jahit baju. Aku hanya tahu main dan enjoy aje. Aku tinggal di kampung sehingga usia 9 tahun sebelum kampung kami di robohkan. Kami berpindah ke flat satu bilek di Lengkok Bahru.
Sekitar kampung ku
Kampung ku ini di kenali sebagai kampung banjir. Hujan sikit saja, akan banjir sebab ditengah-tengah kampung ada longkang besar. Kawasan Bt Timah. Sekarang kampung ku dah jadi estet perumahan mewah. Longkang besar itu masih ada tapi sudah dibesarkan dan ditinggikan. Ada beberapa buah kampung berdekatan. Ada kampung sebelah seberang, ada kampung cina dan kampung India. Ada juga kawasan perumahan “orang puteh”. Rumah orang-orang puteh inilah tempat ramai orang kampung bekerja sebagai driver, tukang kebun atau pembantu rumah.
Kampung ku berdekatan dengan sekolah cina Nanyang. Sekolah ini lah tempat kami sekampung gunakan sebagai tempat perlindungan bila berlaku banjir besar.
Ketika itu, bapa ku adalah pelihara sedikit ayam dan itek. Petang-petang, aku kena pujuk ayam-item masuk reban. Krrrrrrrr. Begitulah aku belajar bahasa ayam-itek. Faham pulak tu ayam-itek. Mereka akan ikut cakap ku masuk reban.
Ketika itu, setiap keluarga mempunyai ramai anak-anak. Bestlah aku ada ramai kawan. Masa kecil aku, tak semua rumah ada tv. Satu dua buah rumah aje yang ada. Petang-petang, kita ramai-ramai tumpang tengok. Paling aku minat cerita “giant robot” dan “ultraman”. Lain-lain masa, kita akan bermain.
Kita dulu tak macam budak-budak sekarang. Kita lebih kreatif. Permainan kita juga lebih kreatif. Kita main rounders, main teng-teng, main kelereng, main layang-layang, main guli, main getah, main gasing, main batu serembat dan macam-macam lain. Kita kalau main sembunyi-sembunyi macam-macam versi. Sembunyi dalam reban ayam pun boleh.
Semua alat permainan buatan sendiri. Aku pun pandai buat layang-layang dan benang kaca. Aku belajar buat gasing. Aku tengok ibu aku menjahit, aku ambil kain perca dan buat batu serembat. Aku jual pada kanak-kanak lain. Satu set 20 sen. Usia ku baru 5 tahun dah pandai cari duit! Lepas itu, aku belajar buat anak patung kertas. Aku design baju-baju dan lukis kak kertas. Ini pun aku jual pada kanak-kanak lain. Satu kertas 10 sen. Tak sangka aku ada semangat entreprenur. Cuma tak digilap.
Di hujung kampung, ada sebuah kedai mamak. Kesian mamak ni selalu jadi sasaran pencuri. Kanak-kanak kampung ini ada yang nakal sikit. Bila mamak tak perasaan, mereka akan curi buahlah atau apa saja. Aku pun pernah buat. Tapi taklah kerap. Sekali dua aje. Takut kalau ibu aku tahu. Nanti kena bedal.
Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku di kampung ku yang tidak dapat aku lupakan hingga sekarang.
Thursday, November 27, 2008
Kisah Hidup Ku - epilog
Sebenarnya, aku berat nak menulis kisah hidupku. Aku rasa tak ada apa yang istimewa untuk aku kongsi. Aku pun belum lagi mencapai apa jua kedudukan istimewa yang boleh aku jadikan contoh atau ikutan. Aku manusia biasa sama macam orang lain. Tiada yang nak dibanggakan.
Tapi, ramai yang mengenaliku menggalakkan aku menulis kisah hidupku. Ada yang kata, hidup ku ibarat soap opera yang berpanjangan. Ada yang kata seolah-olah family saga. Ada yang kata begitu inspiring. Dan macam-macam lagi. Entahlah. Aku serahkan pada penilaian pembaca sendiri. Aku tak berani nak katakan ia atau tidak. Aku sekadar memenuhi permintaan teman-teman rapat ku. Jika ada yang mendapat manfaat dari kisah hidupku, alhamdullillah. Ada juga amal bakti yang dapat aku tunjukkan pada Allah di akhirat nanti.
Untuk memudahkan aku mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidupku, aku akan catitkan mengikut beberapa bahagian. Bahagian pertama, ketika usia ku dari bayi hingga kezaman sebelum remaja (12 tahun). Bahagian kedua, ketika usia ku diperingkat remaja. Bahagian ketiga, ketika usia ku 21 hingga 28 tahun. Usia selepas ini, tidak akan aku catitkan di blog ini kerana tidak sesuai untuk bacaan anak-anak suadaraku.
Insya Allah aku akan cuba mencatitkan mana yang aku termampu dan yang aku rasa tidak akan menimbulkan aib kepada sesiapa.
Tapi, ramai yang mengenaliku menggalakkan aku menulis kisah hidupku. Ada yang kata, hidup ku ibarat soap opera yang berpanjangan. Ada yang kata seolah-olah family saga. Ada yang kata begitu inspiring. Dan macam-macam lagi. Entahlah. Aku serahkan pada penilaian pembaca sendiri. Aku tak berani nak katakan ia atau tidak. Aku sekadar memenuhi permintaan teman-teman rapat ku. Jika ada yang mendapat manfaat dari kisah hidupku, alhamdullillah. Ada juga amal bakti yang dapat aku tunjukkan pada Allah di akhirat nanti.
Untuk memudahkan aku mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidupku, aku akan catitkan mengikut beberapa bahagian. Bahagian pertama, ketika usia ku dari bayi hingga kezaman sebelum remaja (12 tahun). Bahagian kedua, ketika usia ku diperingkat remaja. Bahagian ketiga, ketika usia ku 21 hingga 28 tahun. Usia selepas ini, tidak akan aku catitkan di blog ini kerana tidak sesuai untuk bacaan anak-anak suadaraku.
Insya Allah aku akan cuba mencatitkan mana yang aku termampu dan yang aku rasa tidak akan menimbulkan aib kepada sesiapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)