Thursday, April 23, 2009

Harapan Mak Uda buat anak-anak saudara

Akhir tahun lepas, kita dapat bersama hampir sepanjang bulan December. Kebetulan Mak Teh dan Pak Teh pergi umrah jadi Mak Uda diberi tanggung-jawab menjaga anak-anak Pak Teh. Mak Uda perlu bagi masa antara bekerja, menyusun aktiviti cuti sekolah dan belajar untuk peperiksaan. Alhamdulillah, Kak Sri ada untuk membantu urusan makan minum kalian. Kalau tak....

Mak Long dan Pak Long pun pergi haji. Mak Uda ajak juga sepupu kalian untuk turut serta. Tapi, mereka lebih suka tinggal di rumah mereka sendiri. Jadi, Nenek Wan yang teman mereka di Kuantan.

Yang turut serta secara tetap dalam program bulan December ialah Haziqah, Hazimah, Hafiz, Salmah, Muhsin, Afiqah. Nuraisyah hanya ikut sebahgiaan. Irsyad dia merasa sudah cukup "besar" sehingga tidak mahu lagi campur dengan keluarga sendiri....hai, begitulah budak lelaki sekarang, baru usia 11 tahun sudah sukar dinasihatkan...

Mak Uda susunkan program untuk kalian. Minggu pertama, kalian belajar "balloon crafting" dari seorang professional balloon crafter. banyak juga duit Mak Uda terkopak untuk jemput crafter ini disamping membeli balloon dan pump. Tapi, Mak Uda gembira bila kalian semua belajar sesuatu yang baru dan dapat mengatasi phobia dengan balloon.

Minggu kedua, kalian belajar melukis komik Jepun, Anime. Mak Uda minta anak teman baik Mak Uda untuk bimbing kerana dia telah mengikuti kursus tersebut secara sempurna. Rasa-rasa Mak Uda, dikalangan kalian tiada yang punya bakat jadi pelukis comic... mungkin Haziqah boleh tahan sedikit.

Minggu ketiga kalian mengadakan persembahan drama. Mak Uda sengaja membiarkan kalian untuk mengarang skrip sendiri, berlatih dan mengurus sendiri. Ini bagi melatih kalian belajar untuk lebih kreatif. Kalian menunjukkan sikap kerja-sama yang baik, melainkan Irsyad. Bahkan, Mak Uda dapat menilai siapa diantara kalian yang benar-benar komited dan ada team-spirit yang baik.
Kedua-dua team telah memberikan persembahan yang baik. Seronok juga Mak Uda, Mak Hitam, Cik Sakdiah, Kakak Sri dan dua anak remaja Cik Sakdiah. Kita ada membuat rakaman persembahan tersebut. Ada dalam komputer Haziqah. Untuk aktiviti ini, Hazimah yang paling baik dari semua sudut.. dia yang bersungguh-sungguh merancang, berlakon, bersolek dan kemudian turut membantu mengemas... syabas Hazimah.

Kita telah mengadakan dua program luar. Hiking kita ke HortPark terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat dan guruh. Kasihan kalian yang sudah siap dengan kasut, pakaian dan bekalan untuk hiking. Kita berakhir di Harbourfront dimana kalian "ketuk" Mak Uda untuk shopping hadiah2 yang mahal-mahal...

Trip kita ke Sentosa agak menyeronokan. Pertama kali kalian dapat naik kabel car. Kemudian dapat ikut persembahan movie-magic yang menggunakan teknologi canggih. Tentu kalian seronok... ada yang menjerit-jerit bila lihat dan "merasa" lipas berkeliaran.

Di museum, kalian belajar tentang sejarah Spura. Hanya, kisah ini telah diubah dan sebahgian dari sejarah asal kepulaun Spura tidak didedahkan. Mungkin disengajakan. Bagaimana pun, kalian kini tahu tentang suasana perang Jepun dan banyak lagi.

Trip kita ke Sg Buluh Nature Reserve memberikan kalian peluang belajar tentang alam. Walaupun kita tidak dapat melihat banyak haiwan, tapi kalian tetap dapat merasai suasana hening alam dan mengapa kita perlu jaga alam.

Selain itu, kita dapat solat berjemaah bersama. Tiap lepas maghrib, Mak Uda adakan kuliah buat kalian. Ada quiz... bukan main seronok kalian semua, sampai terjerit-jerit dan terlompat-lompat... lebih-lebih lagi Haziqah.

Kalian belajar macam mana nak iqomah dan Mak Uda juga check cara kalian ambil wuduk dan solat kalian. Alhamdulillah, kalian semua telah dapat jalankan ibadah utama agama kita ini dengan baik.

Oh ya, kalian beruntung kerana Mak Uda telah kenalkan kalian kepada professor Mak Uda, seorang yang dikenali dan disegani. Beliau yang juga mentor Mak Uda telah mendoakan kalian supaya satu hari nanti menjadi individu yang berjaya dunia dan akhirat, mempunyai ilmu yang tinggi yang diperlukan oleh agama dan bangsa, dan mampu memberi sumbangan besar. Ameen.

Tahniah untuk Muhsin yang berjaya mengawal dirinya dari membanjiri tilam untuk sebulan. Hanya sekali saja dia gagal itu pun kerana dia "terpelanting" tidur diatas lantai yang sejuk... teruskan berfikiran positif Muhsin!

Untuk Hafiz juga, syabas kerana pandai menyesuaikan diri tanpa ibu dan abah.
Haziqah perlu belajar untuk lebih prihatin dengan keluarga dan tidak terlalu fokus dengan aktiviti sendiri. Sebagai anak yang sulung, Haziqah perlu jadi contoh yang baik. Begitu juga Aisyah, yang perlu menjadi role-model kepada adik-adik.

Semoga kalian semua telah dapat belajar sesuatu dari Mak Uda sepanjang sebulan tinggal bersama.

Perkemahan kali ini Mak Uda rasakan tidaklah terlalu letih walaupun sebulan. Berbeza dengan dua tahun lepas bila Mak Uda jaga kalian selama 10 hari. Ketika itu, Kak Sri tak ada, jadi Mak Uda kena uruskan semua termasuk makan minum dan pakaian kalian.

Ketika itu, kalian masih kecil sedikit. Bahkan, Hazimah, Afiqah, Muhsin dan Hafiz, masih tidak rasa malu buang air kecil di playground ! Nasib baik kali ini kalian tidak buat perkara yang sama... kalau tak Mak Uda reject kalian jadi anak-anak saudara...